Sabtu, 12 April 2014

Biografi Rasulullah S.A.W

 BIOGRAFI RASULULLAH S.A.W

Embedded image permalink

Ainul Mardhiah

Kisah Ainul Mardhiah (Bidadari Syurga)


AINUL MARDHIAH BUAT SYUHADAH FIL SABILLAH 

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga.. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah……. 

‘Ainul Mardhiah (mata yang diredhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi ketika nabi memberi kata-kata semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah, katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut…. tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama) 

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai…lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab…eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini…ainul mardiah ada di atas mahligai sana,….. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua…. dan tak pernah dia lihat di dunia…. lalu wanita itu berkata… akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku…. bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii….. .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar…benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga



Saidatina Fatimah

Saidatina Fatimah Az-Zahra (Puteri Rasulullah)


BIODATA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

NAMA : Fatimah binti Muhammad
KETURUNAN : Quraisy. Puteri bongsu Rasulullah
TARIKH LAHIR : 20 Jamadilakhir 605M (5 tahun sebelum Nabi Muhammad terima wahyu).
TEMPAT LAHIR : Makkah Al-Mukkaramah.
TARIKH WAFAT : 4 Jamadilawal 11H(28 tahun) (6 bulan selepas Nabi wafat).
GELARAN : AZ-Zahra’(putih berseri)
NAMA SUAMI : Ali b.Ali Talib.
NAMA ANAK : Hassan, Hussin, Zainab
MAKAM : Al-Baqi’,Madinah.

SIFAT MULIA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA
1. SABAR HADAPI MUSIBAH KEMATIAN KELUARGA

  1. Sabar menghadapi kematian ibunya Saidatina Khadijah.
  2. Sabar menghadapi kematian kakaknya Ruqaiyyah, Zainab dan Umi Kalthum.
  3. Mengambil tempat ibunya untuk menjaga Rasulullah.
  4. Sabar menghadapi kematian ayahandanya Rasulullah orang yg paling disayangi.
2. MENTAATI AYAHANDANYA
  1. Menjaga Rasulullah selepas kematian ibunya.
  2. Menjaga makan minum Ayahandanya seperti ibunya sehingga mendapat panggilan timangan ”Ummu Abiha” (Ibu kepada Ayahnya ).
  3. Beliau tidak berkahwin sehingga Ayahandanya berrkahwin dengan Siti Aisyah.
  4. Walaupun Mahar ( maskahwin ) yang diberikan tidak mahal, beliau mentaati keputusan ayahandanya.
3. REDHA MENGHADAPI KESUSAHAN

Sering kekurangan makanan hingga nabi mendoakan kesejahteraannya di akhirat kelak.

4. TAAT PADA SUAMI

  1. Setia kepada suami
  2. Menjaga maruah sebagai isteri.
  3. Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti.
  4. Tidak pernah engkar suruhan suami
  5. Menyokong perjuangan dakwah suami.
5. KEJAYAAN MENDIDIK ANAK

  1. Hassan, Hussin dan Zainab tidak pernah membantah dan menderhaka.
  2. Hassan dan Hassin dipilih Allah sebagai ‘Ketua Pemuda Ahli syurga’.
  3. Zainab seorang pejuang dan sasterawan Islam pada zamannya.
  4. Ramai keturunan beliau menjadi ulama’ dan tokoh ilmuwan Islam sehingga akhir zaman.
6. TIDAK BERBANGGA WALAUPUN ANAK RASULULLAH SWT.     Antara bukti beliau memiliki sifat mulia tersebut ialah :

  1. Beliau tidak pernah sombong walaupun beliau anak Rasulullah yang memimpin negara Madinah.
  2. Beliau tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kegunaan peribadi.
  3. Beliau tidak mendesak Rasulullah memberi khadam walaupun hidupnya susah.
  4. Beliau sangup menerima tetamu daripada anak yatim, orang miskin dan tawanan perang. Beliau dan suaminya sanggup menahan lapar kerana menghidangkan makanan kepada tetamu.
7. BERTANGGUNGJAWAB SEMASA AYAHANDANYA SAKIT


  1. Sentiasa berada disamping Rasulullah ketika sakit.
  2. Amat mengambil berat terhadap ayahandanya dengan merawat dan menjaga makan minumnya.
  3. Ketika berumur 10 tahun, beliau membersihkan kepala & belakang Rasulullah yg berlumuran najis kerana dilontarkan oleh musyrikin Quraisy ketika baginda sedang sujud berdekatan Kaabah.
SUMBANGAN


  1. Pendorong semasa Nabi menerima tentangan daripada Musyrikin Quraisy di Mekah.
  2. Sentiasa membantu semasa Rasulullah SAW berdakwah.
  3. Membantu suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib berdakwah dan bersiap ke medan perang.
  4. Bersama wanita Islam lain merawat tentera islam semasa Perang Uhu
  5. Menyediakan makanan untuk tentera Islam semasa Perang Khandaq.
FAEDAH MENCONTOHI SIFAT MULIA SAIDITINA FATIMAH

ANAK SOLEH
* Diredai Allah SWT
* Direstui ibu bapa
* Hidup diberkati
* Maruah ibu bapa terpelihara
* Hidup ibu bapa semasa tua terjamin


ISTERI YANG TAAT
* Rumah tangga aman bahagia
* Menjadi motivasi dalam kerjaya suami
* Menjadi contoh kepada masyarakat
* Dirahmati dan dikasihi Allah SWT
* Disegani dan dihormati masyarakat

IBU PENYAYANG
* Anak mendapat kasih sayang sepenuhnya
* Anak mendapat didikan sempurna
* Lahir anak yang soleh
* Anak akan memberi syafaat pada hari akhirat atas didikan yang diberikan

10 Sahabat Nabi yg Dijamin masuk SYURGA

10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Masuk Syurga


Bagi seorang Muslim, masuk syurga adalah sebuah tujuan akhir dari perjalanan hidup ini. Maka, ketika Rasulullah menyatakan bahwa ada di antara para sahabatnya yang dijamin masuk syurga, tentu saja menimbulkan ghirah bagi kita semua.
Siapa saja mereka, berikut adalah sahabat-sahabat tersebut:

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga dalam al- Quran (Surah At-Taubah ayat
ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya: “Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat.
Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukinya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah, Iraq sekarang.

5. Talhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Talhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah saw. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin

Abdul Rahman bin 'Auf

Abdul Rahman Bin 'Auf (Orang Kaya Berperindian Mulia

Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf orang kaya berpendirian mulia

SAHABAT Nabi Muhammad SAW, Abdul Rahman Auf adalah contoh orang kaya yang semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.

Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.

Suatu hari selepas melihat pelbagai penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Lebih baik kamu meninggalkan Makkah menuju ke negeri Abisinia kerana di sana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Itulah suatu tempat yang cukup baik untuk melakukan hijrah sampai saat Tuhan membukakan jalan bagi kamu sekalian."

Apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu meninggalkan kesan mendalam kepada sahabatnya. Tidak lama kemudian, rombongan pertama seramai 10 lelaki dan empat wanita melakukan hijrah. Selepas itu, rombongan kedua kaum Quraisy daripada 83 lelaki, 17 wanita dan kanak-kanak pula, menyusuli mereka.

Mereka yang turut berhijrah ialah Usman bin Affan yang kemudian muncul sebagai seorang daripada khalifah Islam. Usman berhijrah bersama isterinya, Rukiah, iaitu puteri Rasulullah SAW.

Turut berhijrah ialah Abdul Rahman. Penyertaan Abdul Rahman dalam kumpulan yang berhijrah itu membawa makna besar kepada rombongan itu. Perkara sedemikian kerana dia adalah orang berada. Disebabkan kedudukannya itu, dia kelak dapat membantu kumpulan umat Islam dalam apa juga masalah.

Abdul Rahman adalah pedagang berjaya dan dipandang tinggi oleh kaumnya. Ia tidak syak lagi memberikan kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk mengharungi perjuangan menegakkan Islam dengan lebih baik.

Pengorbanan Abdul Rahman memang besar dalam menegak dan meninggikan syariat Islam. Orang kaya sepertinya sanggup mengharungi penderitaan semata-mata mahu menegakkan agamanya.

Sifat yang ada pada Abdul Rahman amat bernilai kepada perjuangan Islam pada zamannya. Dengan kekayaan yang ada, Abdul Rahman memilih untuk mengharung kesusahan dan penderitaan demi menegakkan syiar Islam di bumi.

Tanpa rasa malu dan takut, dia bergerak bersama umat Islam lain dalam rombongan hijrah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu. Sesungguhnya perpindahan Abdul Rahman dalam misi hijrah anjuran Rasulullah SAW itu adalah pengorbanan paling besar dalam rangka menegakkan Islam pada masa depan.

Selain dikenali sebagai orang kaya, Abdul Rahman adalah seorang perunding bijaksana. Perkara ini dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia. Sahabat Rasulullah SAW berkumpul di rumah seorang sahabat bernama Miswar bin Makhram.

Seperti biasa, dalam majlis perbincangan, timbul pelbagai pendapat yang berbeza. Hal ini juga berlaku dalam perjumpaan di rumah Miswar. Sedikit sebanyak dalam perjumpaan itu, timbul hasrat beberapa sahabat yang ingin menjadi pemimpin. Dalam pada itu, ada juga yang berfikiran rasional serta tidak mementingkan diri seperti Talhah.

Beliau berpendapat adalah lebih baik baginya tidak menjadi pemimpin sekiranya ia hanya berkemungkinan menindas sesama sendiri.

Talhah bimbang jika beliau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan orang lain jika dilantik sebagai pemimpin. Biarlah mereka yang layak mengurus dengan adil dilantik sebagai pemimpin.

Sewaktu pelbagai pendapat yang boleh mencetuskan konflik timbul di kalangan sahabat itu, ternyata Abdul Rahman mempunyai pendirian mulia. Beliau seboleh-bolehnya tidak mahu konflik yang tidak mendatangkan faedah dan berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan krisis.

Oleh itu, Abdul Rahman memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi sahabat yang bermesyuarat itu.

Akhirnya, beliau mengemukakan formula dan diterima dengan baik oleh semua pihak.

Menurut kaedah Abdul Rahman, sesiapa yang tidak bersedia menjadi khalifah, eloklah menarik diri daripada dicalonkan menduduki jawatan itu. Sebaliknya, mereka boleh menyerahkan jawatan itu kepada orang terbaik di kalangan mereka.

Sebagai membuktikan keikhlasannya, Abdul Rahman sendiri membuat pengakuan pada majlis itu dengan menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan khalifah.

Pengakuan terbuka Abdul Rahman itu sesungguhnya menjadi kaedah kepemimpinan melalui teladan yang sangat murni sifatnya.

Kita sedia maklum biasanya seseorang yang sudah ada kekayaan tentulah ingin pula mencapai kedudukan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, tidak demikian halnya dengan Abdul Rahman. Sungguhpun dengan segala kekayaan yang ada padanya, sudah cukup untuk mempengaruhi masyarakat sekeliling untuk melantiknya menjadi khalifah tetapi dia tidak mahu berbuat demikian semata-mata kerana tuntutan nafsu.

Sabtu, 15 Mac 2014

#CampakBalik2013

Assalammualaikum and salam sejahtera..alahai bajet speaking lagi..
Hermm Jeremy sedih la..Tetiba ja teringat masa Bunny form2 tahun lepas..Classmate Jeremy cikgu yang mengajar Jeremy budak yang selalu lepak, ponteng, tidoq dalam kelaih, makan, buat bising, menyanyi dengan Jeremy..sedihnya semua tu dah berlalu.... 
Yang tengah tu Jeremy si clumsy..yang pakai tuduh merah tu Irdina..ustazah kami
yang pakai tudung pink tu Farhanah si pendek
tapi dia dah pindah pi Maahad Tahfiz...yang pakai tudung hitam tu Adilla si kuat menangis
yang pakai jam tu Balqis budak hot hhihihihi..
bawah dia Aimi budak baru 2013...
yang pakai tudung putih tu Intan si kecik molek
Hurmm hari terakhir sekolah kami dan lagi snap2 gambaq tapi Jeremy save sikit ja pic....
cehh!! ni adilla masa dia pakai glassess intan buat cun pa tak tau..
Adilla ni memang kuat nangis masa form2 macam2 sebab dia nangis..sebab bf la..sakit la..haihh!!
Balqis nampak comel ja kan? haha Intan ni orang suqoh cepat dia dok repair tudung pulak...dah comey dah la...alahaii
Tu lah..pic2 yang masih ada dalam lappy Jeremy yang  lain semua dok kat depa ni la...
Nilah budak2 yang selalu buat projek2 baikkk punya ngan Bunny..Tapi sekarang dah lain..Farhana dah pindah..Irdina ngan Adilla dok kelaih 3Setia..Aimi, Balqis ngan Intan dok kelaih 3Bestari..Jeremy dok kelaih 3Waja..ermm payah nak jumpak sekarang ni..kelaih lain2 sekarang..kalau nak jumpa pon masa rehat ja...Teringat masa form2 dulu..Jeremy ngan Adilla dok mengata kat cikgu Rajes sebab dia pakai bedak supa celup muka dalam tepung! hahaha..cikgu Atikah pulak kena cop pendek..teacher Jasmin suka merajok kalau kami satu kelaih takmau dengaq cakap dia...
Hermm sekarang dah tak macam dulu..kami semua dah tak rapat..kecuali Jeremy ngan Irdina..still rapat macam gam..hehehehe
Akhir kata, Jeremy harap kami semua akan ngam balik macam dulu..Jeremy rindu kami yang dulu..Semoga kami akan bersatu kembali..Aminn...


Ahad, 2 Mac 2014

Sahabat dan Kawan

☺SAHABAT & MUSUH☺
Kawan..apa makna kawan bagi hampa? Bagi Jeremy kawan adalah satu permulaan untuk Jeremy mencari SAHABAT sejati..acehceh!!
Hidup ni tak lengkap tanpa kawan..tanpa kawan macam mana kit anak cari sahabat??
Kawan dan sahabat ni ertinya berbeza....Kawan adalah seseorang yang ada disekeliling kita..maknanya orang yang asing bagi kita boleh jadi kawan kita.Kawan ni ada di mana sahaja.Berbeza dengan sahabat.Sahabat ni adalah seorang yang ada dengan kita waktu kita sedih,gembira,selalu ada untuk dengar masalah kita,waktu kita kehilangan seseorang dan yang boleh bawa kita,bimbing kita ke SYURGA..inilah yang dikatakan sahabat 1 DALAM SEJUTA ☺☺☺
Kaulah yang selalu.Selalu menemaniku.Kaulah yang 1 menjadi SAHABATKU..
Haha tudia lagu sahabat..hehehe..OK! hampa ada musuh tak? Hurmm dulu Jeremy memang ada musuh..masa primary school.Tapi sekarang tak ada dah..Jeremy tengok kadang-2 kawan baik sendiri boleh jadi MUSUH jugak tau..Ish-3..ini berlaku apabila kita berkawan dengan seseorang yang tak ikhlas nak berkawan dengan kita.Jeremy perhati ada sesetengah orang ni kan suka dok mengumpat pasai kawan sendiri dekat orang lain.Ada yang dok tikam belakang kawanlah
                            Haha Tikam Belakang Kawan...
.Ada yang fitnah kawan baik sendiri.Example macam hampa ada hilang barang kesayangan hampa tiba-2 hampa tuduh kawan hampa tanpa bukti..Yang paling lawak bila kawan jadi musuh sebab cinta tiga segi..jeng jeng jeng.. Nilah antara penyebabnya bila kawan baik jadi musuh 
Friend 
VS
Enemy
So,girls,guys dekat luaq sana tu..nak kawan tu elok-2 la nohhh..Nak pilih kawan pun kena hati-2.Jeremy nasihatkan hampa,Jeremy pun nasihatkan diri Jeremy juga..Ok lah friends..sampai sini sajalah.Bye-2 ☺Assalammualaikum...