Sabtu, 12 April 2014

Saidatina Fatimah

Saidatina Fatimah Az-Zahra (Puteri Rasulullah)


BIODATA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

NAMA : Fatimah binti Muhammad
KETURUNAN : Quraisy. Puteri bongsu Rasulullah
TARIKH LAHIR : 20 Jamadilakhir 605M (5 tahun sebelum Nabi Muhammad terima wahyu).
TEMPAT LAHIR : Makkah Al-Mukkaramah.
TARIKH WAFAT : 4 Jamadilawal 11H(28 tahun) (6 bulan selepas Nabi wafat).
GELARAN : AZ-Zahra’(putih berseri)
NAMA SUAMI : Ali b.Ali Talib.
NAMA ANAK : Hassan, Hussin, Zainab
MAKAM : Al-Baqi’,Madinah.

SIFAT MULIA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA
1. SABAR HADAPI MUSIBAH KEMATIAN KELUARGA

  1. Sabar menghadapi kematian ibunya Saidatina Khadijah.
  2. Sabar menghadapi kematian kakaknya Ruqaiyyah, Zainab dan Umi Kalthum.
  3. Mengambil tempat ibunya untuk menjaga Rasulullah.
  4. Sabar menghadapi kematian ayahandanya Rasulullah orang yg paling disayangi.
2. MENTAATI AYAHANDANYA
  1. Menjaga Rasulullah selepas kematian ibunya.
  2. Menjaga makan minum Ayahandanya seperti ibunya sehingga mendapat panggilan timangan ”Ummu Abiha” (Ibu kepada Ayahnya ).
  3. Beliau tidak berkahwin sehingga Ayahandanya berrkahwin dengan Siti Aisyah.
  4. Walaupun Mahar ( maskahwin ) yang diberikan tidak mahal, beliau mentaati keputusan ayahandanya.
3. REDHA MENGHADAPI KESUSAHAN

Sering kekurangan makanan hingga nabi mendoakan kesejahteraannya di akhirat kelak.

4. TAAT PADA SUAMI

  1. Setia kepada suami
  2. Menjaga maruah sebagai isteri.
  3. Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, menguli tepung dan membakar roti.
  4. Tidak pernah engkar suruhan suami
  5. Menyokong perjuangan dakwah suami.
5. KEJAYAAN MENDIDIK ANAK

  1. Hassan, Hussin dan Zainab tidak pernah membantah dan menderhaka.
  2. Hassan dan Hassin dipilih Allah sebagai ‘Ketua Pemuda Ahli syurga’.
  3. Zainab seorang pejuang dan sasterawan Islam pada zamannya.
  4. Ramai keturunan beliau menjadi ulama’ dan tokoh ilmuwan Islam sehingga akhir zaman.
6. TIDAK BERBANGGA WALAUPUN ANAK RASULULLAH SWT.     Antara bukti beliau memiliki sifat mulia tersebut ialah :

  1. Beliau tidak pernah sombong walaupun beliau anak Rasulullah yang memimpin negara Madinah.
  2. Beliau tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kegunaan peribadi.
  3. Beliau tidak mendesak Rasulullah memberi khadam walaupun hidupnya susah.
  4. Beliau sangup menerima tetamu daripada anak yatim, orang miskin dan tawanan perang. Beliau dan suaminya sanggup menahan lapar kerana menghidangkan makanan kepada tetamu.
7. BERTANGGUNGJAWAB SEMASA AYAHANDANYA SAKIT


  1. Sentiasa berada disamping Rasulullah ketika sakit.
  2. Amat mengambil berat terhadap ayahandanya dengan merawat dan menjaga makan minumnya.
  3. Ketika berumur 10 tahun, beliau membersihkan kepala & belakang Rasulullah yg berlumuran najis kerana dilontarkan oleh musyrikin Quraisy ketika baginda sedang sujud berdekatan Kaabah.
SUMBANGAN


  1. Pendorong semasa Nabi menerima tentangan daripada Musyrikin Quraisy di Mekah.
  2. Sentiasa membantu semasa Rasulullah SAW berdakwah.
  3. Membantu suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib berdakwah dan bersiap ke medan perang.
  4. Bersama wanita Islam lain merawat tentera islam semasa Perang Uhu
  5. Menyediakan makanan untuk tentera Islam semasa Perang Khandaq.
FAEDAH MENCONTOHI SIFAT MULIA SAIDITINA FATIMAH

ANAK SOLEH
* Diredai Allah SWT
* Direstui ibu bapa
* Hidup diberkati
* Maruah ibu bapa terpelihara
* Hidup ibu bapa semasa tua terjamin


ISTERI YANG TAAT
* Rumah tangga aman bahagia
* Menjadi motivasi dalam kerjaya suami
* Menjadi contoh kepada masyarakat
* Dirahmati dan dikasihi Allah SWT
* Disegani dan dihormati masyarakat

IBU PENYAYANG
* Anak mendapat kasih sayang sepenuhnya
* Anak mendapat didikan sempurna
* Lahir anak yang soleh
* Anak akan memberi syafaat pada hari akhirat atas didikan yang diberikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan